Home Ekonomi Belian ekuiti tempatan RM101.8j pada minggu pertama 2017

Belian ekuiti tempatan RM101.8j pada minggu pertama 2017

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sejumlah RM101.8 juta ekuiti tempatan pada minggu pertama 2017 berbandung jualan bersih sebanyak RM31.2 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, prestasi itu dipacu daripada daripada aliran masuk ke Asia minggu lalu serta angka perdagangan Malaysia yang menggalakkan selepas eksport menyaksikan peningkatan sebanyak 7.8 peratus tahun ke tahun pada bulan November.

Bagi belian bersih setiap hari, pelabur asing dilihat membeli pada hari Selasa dan Jumaat, dengan sebahagian besar pada hari terakhir sebanyak RM136.4 juta.

MIDF Research berkata, kadar penyertaan kasar pelabur runcit terus berkembang untuk minggu kedua berturut-turut kepada RM596.1 juta daripada RM429.6 juta pada minggu sebelumnya.

Firma penyelidikan itu berkata, belian pada harga rendah menjadi negatif untuk minggu kedua kepada RM123.3 juta berbanding minggu sebelumnya sebanyak RM68.8 juta.

Menurutnya, kadar penyertaan kasar pelabur institusi bertambah baik untuk minggu kedua berturut-turut kepada RM2,060.1 juta berbanding RM1,920.0 juta pada minggu sebelumnya. – MalaysiaGazette