Kongsi
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom yang mewakili kerajaan selaku defendan kedua dalam kes saman itu memohon untuk membatalkan saman itu pada 2 Mac lalu atas alasan Pua tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.

SYDNEY – Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk menyiasat syarikat-syarikat berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AFP bertanggungjawab untuk menyiasat pelanggaran undang-undang jenayah oleh syarikat-syarikat, rakyat dan penduduk Australia.

“AFP sedar tentang tuduhan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan 1MDB dan telah membantu penguatkuasaundang-undang asing dengan siasatan mereka berhubung perkara ini.

“Memandangkan AFP sedang membuat penilaian berhubung tuduhan-tuduhan tersebut, maka kami tidak boleh mengulas lanjut pada masa ini,” kata AFP dalam satu kenyataan yang dihantar melalui email.

AFP tidak memberi maklum balas terhadap pertanyaan Reuters mengenai laporan siasatan mereka, sama ada terdapat sebarang keuntungan kewangan hasil daripada skandal itu berada di Australia atau dengan agensi antarabangsa.

Pihak berkuasa Singapura telah membekukan aset Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low yang belum didakwa dengan apa-apa kesalahan berkaitan dengan 1MDB, tetapi telah dikenalpasti sebagai seorang yang berkepentingan dalam siasatan itu.

Pendakwa Singapura memfailkan 16 tuduhan minggu lalu terhadap bekas pengurus cawangan tempatan Falcon Private Bank AG yang berpangkalan di Switzerland sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB.

Dua bekas pengurus BSI telah dipenjarakan tahun lalu selepas disabit kesalahan termasuk termasuk pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi mencurigakan yang melibatkan Jho Low. – MalaysiaGazette

SumberReuters
Kongsi

Tinggalkan Jawapan