SC
Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjangkakan syarikat tempatan boleh meraih sehingga RM105 bilion tahun ini menerusi terutamanya penerbitan bon dan tawaran awam permulaan (IPO) berbanding RM100 bilion tahun lepas.

Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, pengawal selia menjangkakan kira-kira RM90 bilion sehingga RM105 bilion boleh diraih tahun ini.

“Bagi tahun ini, kami melihat hampir RM105 bilion sedang diraih daripada pasaran utama dan kedua.

Jumlah yang besar dijangka dapat diraih daripada pasaran bon tahun ini kira-kira RM85 bilion.

Kami melihat pasaran IPO global semakin meningkat dan pasaran tempatan juga sedang mengejar.

IPO Malaysia pada 2017 dijangka sekitar RM7 bilion dan kami menjangkakan pasaran kedua juga begitu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-MalaysiaGazette