LAZATNYA.. Hidangan shell out di Restoran Cawan, Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.

HIDANGAN makanan laut ala shell out sekarang memang menjadi trend di negara ini.

Mana-mana restoran menghidangkan menu itu pasti menjadi tarikan kepada pengunjung bagi memenuhi selera.

Cuma masalahnya rata-rata premis shell out di Lembah Klang, harganya agak mahal terutama jika lokasinya berhawa dingin dan premis pusat beli-belah ternama.

Jadi sebagai jalan penyelesaiannya, anda boleh mencuba shell out di Restoran Cawan Kota Damansara.

Pengurus Restoran Cawan, Nur Asreen Ku Shereen Mat Salim menunjukkan makanan laut shell out di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.
Pengurus Restoran Cawan, Nur Asreen Ku Shereen Mat Salim menunjukkan makanan laut shell out di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.

Terletak di lot belakang berhampiran Downtown Kota Dame, premis aksesori telefon murah Ustaz dan Muzium Coklat, hidangan shell out Restoran Cawan berbaloi untuk dicuba.

Kalau premis biasa harganya lebih RM100, di restoran ini menawarkan Pakej Couple (dua orang) pada harga RM35, Pakej Family (tiga hingga empat orang) RM65 dan Pakej Big Family (lima hingga enam) orang pada harga RM95.

Biasanya pakej RM95 itu sampai lapan orang makan pun cukup.

Pelanggan menikmati makanan laut shell out yang dihidangkan di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.
Pelanggan menikmati makanan laut shell out yang dihidangkan di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.

Terletak di lot korner menjadikannya lagi menarik kerana parkir yang banyak dan terbuka menjadikan aktiviti makan santai sesuai dengan konsepnya.

Pengurus restoran berkenaan, Nur Asreen Ku Shereen Mat Salim, 24, berkata, idea untuk mengetengahkan makanan berkonsepkan shell out itu dibuat selepas melihat ia popular sehingga ia tular di laman sosial.

Pelanggan menikmati makanan laut shell out yang dihidangkan di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.
Pelanggan menikmati makanan laut shell out yang dihidangkan di Restoran Cawan Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.

“Restoran yang saya usahakan bersama keluarga ini pada mulanya hanya menyediakan masakan panas pada waktu malam dan lauk campur untuk jualan tengahari.

“Namun, selepas melihat ramai yang suka akan makanan bercirikan shell out ini saya dan emak dan adik saya mencuba menu ini dan tak sangka ia digemari ramai,” ujarnya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Sudah tentu, katanya, air tangan ibunya, Che Habsah Majid menjadikan resipi shell out itu semakin menyelerakan.

Menurut Asreen yang mesra dipanggil dengan nama Yeen, konsep shell out di restoran keluarganya itu baru sahaja bermula awal tahun ini.

Katanya, langkah promosi dibuat hanya dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Saya percaya promosi dari mulut ke mulut oleh para pelanggan juga merupakan salah satu penyebab restoran kami bertambah pengunjungnya.

“Alhamdulillah, kami juga memiliki pelanggan yang berulang dan ada yang datang dari negara jiran (Singapura) setelah mendapat tahu dari internet dan mahu mencubanya,” ujarnya sambil menambah menu shell out dijual pada waktu malam sahaja.

Pemilik Restoran Cawan, Habsah Majid (tengah) bersama anaknya, Nur Asreen Ku Shereen Mat Salim (lima kiri) bergambar bersama kakitangan mereka di hadapan restoran di Kota Damansara. foto ADIB AIMAN ROSLI, 09 FEBRUARI 2017.

Dalam pada itu Yeen berkata, apa yang menarik tentang shell out di restorannya adalah penggunaan sos yang pelbagai pada setiap masakan.

Manakala, lauk paling diminati pelanggan adalah ketam masak cili Thai dengan saiz ketam yang besar, katanya.

“Sos kari diminati golongan dewasa, sos pedas golongan muda dan sos mentega bagi kanak-kanak,” ujarnya lagi.

Selain ketam, menu shell out itu juga ada lala, kerang, mentarang, udang selain kerang yang ditempah khas dari Sarawak.

Selain shell out, Restoran Cawan juga turut menyediakan masakan bercirikan stimboat pada harga hanya RM18.80 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak selain masakan lauk campur pada waktu siang.

Antara menu sebelah siang, restoran itu menjual antaranya Pecal Lele, Nasi Ayam, Sate, Asam Pedas, kari Kambing, Sup Gear Box.

Yeen turut memberitahu, dia tidak menyangka sejak memperkenalkan konsep shell out di restorannya pelanggannya terus bertambah hingga kadang kala mereka tidak cukup tangan.

Malah ramai pelanggan restoran itu mengaku selepas makan shell out di sana esoknya pasti teringat-ingat kelazatannya.

Justeru kepada sesiapa mahu membuat tempahan boleh menghubungi Yeen di talian 012 2008 272.–MalaysiaGazette