Annuar Musa

KUALA LUMPUR- “Saya ditanya siapa gandingan saya dan sama ada saya boleh bekerja dengan si polan si polan.

“Suka saya tegaskan, salah satu misi saya ialah membawa keharmonian, team work (kerja berpasukan) dan menghormati peranan semua exco yang dipilih,” jelas calon Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa di dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Tambahnya, beliau tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.

“Pewakilan bebas memilih siapa sahaja. Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama ahli gabungan, bergaduh dengan kementerian dan sebagainya.

FAM perlu tenang dan mengekalkan sifat saling hormat-menghormati,” katanya lagi.

Tegas Annuar, beliau tidak mempunyai kumpulan, tidak memberi sogokan atau ugutan.

Katanya beliau percaya kepada kebijaksanaan badan gabungan memilih pentadbiran FAM.-MalaysiaGazette