Home Ekonomi Trump ikrar bawa berjuta-juta pekerjaan balik ke AS

Trump ikrar bawa berjuta-juta pekerjaan balik ke AS

WASHINGTON – Presiden Donald Trump merancang untuk membawa berjuta-juta pekerjaan semula ke Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan peneraju-peneraju utama syarikat Amerika Syarikat.

Mereka terdiri daripada ketua-ketua pegawai eksekutif General Electric Co, Lockheed Martin Corp, Dow Chemical Co, International Paper Co, Ford Motor Co, United Technologies dan Dell Technologies Inc, Johnson & Johnson, Corning Inc, Whirlpool, Emerson, Campbell Soup Company, Merck & Co Inc , Caterpillar Inc, 3M Co, US Steel Corp, Archer Daniels Midland Corp dan General Dynamics Corp.

Trump turut menyentuh mengenai rancangannya untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke Mexico.

Setiausaha Negara, Rex Tillerson kini berada di Mexico yang disifatkan oleh Trump sebagai “perjalanan yang sukar.”

Trump dijangka melancarkan satu siri cadangan yang boleh memberi kesan yang besar untuk syarikat, termasuk rancangan untuk membaik pulih kod cukai.

Ia merupakan sebahagian janji yang dibuat semasa kempen Presiden 2016.

Trump telah mengadakan pertemuan minggu lepas dengan sekumpulan ketua pegawai eksekutif daripada syarikat-syarikat runcit besar, yang semuanya menentang pelan Republikan untuk mewujudkan cukai pelarasan sempadan sebagai sebahagian daripada rombakan kod cukai.

Beberapa daripada peneraju syarikat bertemu Trump pada hari ini merupakan yang menyokong cukai pelarasan sempadan – yang akan mengenakan cukai 20 peratus ke atas barang-barang yang diimport ke negara ini di samping menghapuskan bagi barangan yang dieksport. – MalaysiaGazette