WASHINGTON – Penumpang daripada lebih 12┬ánegara dilarang membawa alat peranti elektronik dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.

Arahan itu dikeluarkan berikutan ancaman keselamatan dan pengumuman itu akan dibuat hari ini.

Sehubungan syarikat penerbangan daripada negara Timur Tengah dan Afrika akan melakukan pemeriksaan ke atas penumpang yang membawa peralatan elektronik.

“Kami tidak ada apa-apa untuk diulas berhubung langkah berjaga-jaga tetapi akan menyediakan maklumat terkini apabila perlu,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan yang menjadi sebahagian Jabatan keselamatan Dalam Negeri juga enggan mengulas.

Bagaimanapun, ia tidak jelas syarikat penerbangan mana yang terlibat dan berapa lama ia akan dikuatkuasakan.

Tetapi Royal Jordanian Airlines dalam Twitter berkata, ia tidak akan membenarkan penumpang membawa barangan elektronik ke dan dari penerbangan Amerika Utara.

Namun, Twitter itu kemudian dipadamkan.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jordan berkata, ia akan hanya membenarkan alat peranti telefon dan perubatan dalam pesawat. Lain-lain peranti elektronik adalah dilarang.

Syarikat penerbangan itu berkata, komputer riba, DVD dan permainan elektronik mesti diperiksa dengan bagasi.

Peraturan itu akan berkuatkuasa bagi penerbangan Royal Jordanian ke New York, Chicago, Detroit dan Montreal. – MalaysiaGazette