Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.
Low Taek Jho

LOS ANGELES – Ahl keluarga Low Taek Jho dibenarkan untuk mencabar Amerika Syarikat yang mahu merampas hartanah dan pelaburan bernilai jutaan dolar yang didakwa diperoleh daripada dana pelaburan negara.

Seorang hakim persekutuan di Los Angeles telah membenarkan permintaan oleh syarikat induk yang mengawal aset bagi pihak Low untuk memfailkan tuntutan lewat bagi lapan tindakan undang-undang pelucutanhak.

Syarikat-syarikat induk yang meminta kebenaran untuk memfailkan tuntutan itu selepas mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman membenarkan mereka untuk menukar pemegang amanah Swiss yang enggan mencabar dakwaan Amerika Syarikat.

Aset-aset Low termasuk saham di Hotel Park Lane, kepentingan sejumlah AS$107 juta dalam EMI Music Publishing, pesawat Bombardier (AS$35) dan penthouse di Time Warner Centre di New York (AS$30 juta).

Amerika Syarikat telah meminta penghakiman ingkar terhadap sebahagian daripada aset kerana tidak ada tuntutan yang sah difailkan pada masa yang ditetapkan

Jabatan Kehakiman telah memfailkan lebih daripada 12 kes tahun lalu untuk mendapatkan semula nilai AS$1 bilion dalam bentuk hartanah dan lain-lain aset kerajaan yang telah dibeli oleh Low atau Jho Low daripada 1Malaysia Development Bhd.

Ahli-ahli keluarga, termasuk abang dan bapa Low, sebelum ini telah mendapat kebenaran untuk mengemukakan tuntutan kerana sebagai benefisiari amanah bukan pemegang amanah, jadi mereka tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk melawan dakwaan Amerika Syarikat.

Hakim Daerah Amerika Syarikat, Dale Fischer menolak apa yang dipanggil “keadilan kasar”, berhujah bahawa keluarga Low tidak dapat memiliki dua-dua cara dengan melindungi aset mereka dalam struktur pemilikan dan pada masa yang sama dibenarkan meneruskan dakwaan menggantikan pemegang amanah yang gagal melakukan bidaan. – MalaysiaGazette