Kongsi
Mohd Ali Amin Ab Latif. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Vertex Central Industries Sdn. Bhd. (VCI) menerima fasiliti pembiayaan berjumlah RM13.6 juta daripada RHB Islamic Bank Berhad untuk melaksanakan Projek Pembangunan Perumahan PR1MA dan membina kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Machang.

Syarikat itu turut mendapat dana mudah cara daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan dari Ketua Pengarah Kumpulan Vertex Central Industries Sdn Bhd, Mohd Ali Amin Ab Latif (kiri) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputra 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 APRIL 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan dari Ketua Pengarah Kumpulan Vertex Central Industries Sdn Bhd, Mohd Ali Amin Ab Latif (kiri) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Pelancaran Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputra 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 APRIL 2017

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada RHB yang memberi kepercayaan kepada kami walaupun baharu lagi dalam industri, walaupun trek rekod masih baharu.

“Kami akan berusaha untuk sedaya upaya untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin,” kata Mohd Ali Amin Ab. Latif semasa ditemui pada pameran Memacu Agenda Bumiputera 2017 di KLCC semalam.

Pembinaan 303 buah rumah PR1MA di Machang akan dimulakan pada Jun dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Ia merupakan projek PR1MA pertama untuk VCI.

Wakil RHB, Norlida Mohd Nor semasa ditemui pada majlis sama berkata, pembiayaan itu diberikan kepada VCI  kerana syariakt itu mempunyai rekod yang baik dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh bank tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan Ketua Pengarah Kumpulan Vertex Central Industries Sdn Bhd, Mohd Ali Amin Ab Latif (dua kiri) bertukar dokumen persefahaman MoU dengan RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali (dua kanan) selepas Majlis Pelancaran Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputra 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 APRIL 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan Ketua Pengarah Kumpulan Vertex Central Industries Sdn Bhd, Mohd Ali Amin Ab Latif (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali (dua kanan) selepas Majlis Pelancaran Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputra 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 19 APRIL 2017

“VCI memang sudah ada akaun dengan kami dan mereka memiliki rekod transaksi yang baik,” kata Norlida.

VCI adalah anak syarikat Kumpulan Vertex yang terlibat dalam kerja-kerja sivil dan kejuruteraan awam sejak 2005.

VCI kini menceburi bidang perniagaan kejurutteraan sivil utama, perkhidmatan, pembuatan produk konkrit, penyelesaian kejuruteraan jalan dan hartanah. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan