Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Harga minyak yang didagangkan pada hari ini tidak bergerak – berlegar berhampiran harga 10 bulan terendah pada harga Amerika Syarikat dan kekal pada kemuncak penurunan dalam tempoh hampir dua dekad memandangkan pengurangan pengeluaran gagal menyekat lebihan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.9 8 sen kepada AS$45.14 setong pada 1337 GMT. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada harga AS$42.64 setong, turun AS$0.10 sen.

Harga minyak jatuh kira-kira 20 peratus pada tahun ini, walaupun OPEC berusaha mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari.

Ia meletakkan pasaran kepada kejatuhan terbesar peratusan separuh pertama sejak akhir 1990-an, apabila peningkatan pengeluaran dan krisis kewangan Asia membawa kepada kerugian yang ketara.

Frank Schallenberger, ketua penyelidikan komoditi di LBBW di Stuttgart menjangkakan harga akan naik pada akhir tahun ini dengan permintaan yang lebih tinggi serta pemotongan pengeluaran OPEC dan bukan OPEC.

Tamas Varga, penganalisis kanan di PVM Oil Associates broker London pula berkata, penurunan inventori minyak mentah di Amerika Syarikat adalah asas yang dapat menyokong harga minyak dunia.

Awal minggu ini, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat berkata, inventori bahan bakar itu merosot sebanyak 2.7 juta tong minggu lalu, melebihi jangkaan penganalisis sebanyak 2.1 juta tong.

Di tengah-tengah kekukuhan itu, usaha untuk mengurangkan pengeluaran oleh pembekal OPEC serta Rusia, telah dijejaskan dengan lonjakan output dari Amerika Syarikat, Libya dan Nigeria, yang dikecualikan daripada pemotongan. – MalaysiaGazette