Sebahagian orang ramai menjamu selera di bawah pokok selepas tidak mendapat tempat kerana ruang kosong telah dipenuhi tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya peringkat negeri Selangor di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2017.

AMPANG JAYA- Kehadiran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Ampang Jaya hari ini dilihat memeriahkan lagi majlis tersebut.

Bagaimanapun, majlis anjuran kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya turut mengundang rakyat biasa itu tidak dapat lari daripada mendapat keluhan daripada pengunjung.

“Saya datang dari jauh, terpaksa mengharungi sesak jalan, parking jauh dan kena beratur panjang untuk dapat makan.

“Itu tak mengapalah, ada yang dukung anak kecil, beratur panjang bawah panas, warga emas lagi,” kata salah seorang pengunjung yang enggan dikenali.

Sebahagian orang ramai menjamu selera di luar perkarangan khemah selepas tidak mendapat tempat kerana ruang kosong telah dipenuhi tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya peringkat negeri Selangor di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2017.

Tinjauan mendapati hanya orang kenamaan seperti ahli-ahli politik, jemputan khas yang disediakan meja mencukupi berbanding orang ramai dibiarkan ‘berterabur’ dan terpaksa beratur bawah panas terik untuk mendapatkan beberapa cucuk sate.- MalaysiaGazette