Home Dunia Jepun di landa gempa bumi

Jepun di landa gempa bumi

TOKYO – Gempa dengan kekuatan 6.1 magnitud melanda pantai timur Jepun pada awal hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Ia melanda 281 kilometer di timur bandar Kamaishi di Honshu, pulau terbesar di Jepun, pada kedalaman 10 kilometer, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Meteorologi Jepun berkata, tidak ada amaran tsunami yang berlaku dan USGS berkata hanya gegaran lemah dirasai di Honshu.

Berikutan itu risiko kerosakan mungkin kecil.

Jepun terletak di persimpangan empat plat tektonik dan mengalami beberapa gempa yang agak ganas setiap tahun.

Tetapi kod bangunan tegar dan penguatkuasaan yang ketat dalam pelaksanaan kod itu menyebabkan gegaran kuat hanya menyebabkan kerosakan kecil.

Gempa bawah laut yang melanda pada Mac 2011 telah mengakibatkan tsunami ke pantai timur laut Jepun, menyebabkan lebih daripada 18,000 mati atau hilang. – MalaysiaGazette