Pemilik Sheikha Soug Butik, Farah Khairuddin dengan koleksi fesyen abaya yang terdapat di butiknya di Seksyen 7, Shah Alam.
KUALA LUMPUR – Sheikha Souq Enterprise, syarikat perintis di negara ini yang mengeluarkan abaya berwarna menyasarkan jualan sebanyak RM200,000 sebulan pada hujung tahun ini.

Pengarahnya, Farah Khairuddin berkata, keyakinan itu berdasarkan pertambahan sasaran jumlan ejen seramai 450 orang berbanding 300 orang ketika ini.

Beliau berkata, jualan tertinggi bulanan yang pernah diraih sejak beroperasi di negara ini pada Februari lalu adalah RM50,000 pada bulan Ramadan.

“Sambutan hebat yang diterima kerana keunikan abaya berjenama Sheikha Souq dihasilkan daripada fabrik jenis nidha atau pulsan yang dibawa khas dari negara tersebut.

“Kain ninda dan pulsan sesuai dijadikan abaya kerana ia lembut, tidak panas dan tidak melekat sehingga boleh menampakkan tubuh badan.

“Jika abaya dari Timur Tengah terkenal dengan warna hitamnya tetapi jenama kami dipelbagaikan warnanya kerana wanita Malaysia suka jubah yang berwarna lembut dan cantik.

“Kami yakin untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri dengan memperkenalkan lebih banyak fesyen terkini bagi memenuhi gaya hidup pelanggan.,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di butiknya di Shah Alam, baru-baru ini.

Farah Khairuddin.

Syarikat itu terlebih dahulu beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu sebelum membuka butik pertama di Seksyen 7.

Sheikha Souq menampilkan konsep butik yang menawarkan abaya premium namun pada harga mampu milik. Selain itu, di butik tersebut terdapat vendor dari koleksi Effiraexclusive, Mat Bunga Exclusive dan Idana Exclusive

Farah memberitahu, abaya menjadi pakaian rasmi bagi penduduk di Emiriah Arab Bersatu dan menggunakan platform empat butik vendor untuk mempromosikannya yang terletak di Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan Selangor.

Beliau menjelaskan, koleksi pakaian itu dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu standard biasa, premium dan juga rekaan eksklusif dengan menawarkan harga serendah RM160 hingga RM400 sehelai.

Tambah beliau, keunikan abaya Sheikha Souq kerana tampil dengan fesyen trendy yang direka cipta mengikut selera wanita masa kini.

Pada masa sama, tampalan sulaman unik di pakaian dan juga bunga motif tiga dimensi turut memberikan keunikan pada koleksinya.

Antara koleksi fesyen abaya oleh Sheikha Souq.

“Selain warna hitam, abayanya juga menampilkan warna-warna lembut yang membuatkan pemakainya nampak bergaya, sopan dan bercita rasa tinggi.

“Selain itu, beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mencari lebih ramai pengedar bagi mempromosikan abaya di seluruh negara termasuk di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Thailand,” katanya lagi.

Menurut Farah, beliau mengalu-alukan mana-mana individu untuk menjadi ejen yang berkonsepkan dropship.

Jelasnya, ejen hanya membuat promosi dan menempah tanpa perlu mengambil stok yang banyak selain modal yang rendah dikenakan.

“Modalnya hanya RM30 untuk menjadi ahli dan melaluinya mereka boleh membantu mempromosi dan menjualnya kepada pelanggan selain menerima kadar komisen yang menarik,” jelas beliau.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi di talian 012-750 6488 atau 011-2800 5464 (Ain). – MalaysiaGazette