Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam serta yang lain memotong kek sempena Majlis Sambutan Deepavali anjuran MIC di perkarangan kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 18 OKTOBER 2017.

GOMBAK – Deepavali disambut di seluruh negara hari ini dalam suasana penuh meriah dengan warga Malaysia beragama Hindu mengadakan upacara keagamaan di kuil-kuil dan menerima kunjungan anggota keluarga dan sahabat handai di rumah mereka.

Kemuncak perayaan tersebut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan kompleks kuil Batu Caves kira-kira pukul 10.45 pagi yang disambut oleh ribuan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) disambut oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan para pemimpin tertinggi parti tersebut.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Tun S. Samy Vellu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta beberapa timbalan menteri, pemimpin politik dan diplomat asing.

Kehadiran Perdana Menteri, di acara memeotong kek pada perayaan ini antara acara paling dinanti-nantikan oleh hadirin terutama dari kalangan penganut hindu pada Rumah Terbuka anjuran MIC ini.

Sementara itu, Presiden MIC, DAtuk Seri Subramaniam ketika ditemui pemberita mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan tersebut kepada seluruh takyar Malaysia.

“Saya ambil kesempatan ucap selamat hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia masyarakat Hindu yang sedang merayakan Deepavali hari ini.

“Pagi ini MIC telah adakan majlis rumah terbuka Deepavali di perkaranagn Batu Caves dan daripada 9 pagi kita mula dan lebih kurang 10,000 orang mengunjungi rumah terbuka ini.”

Meskipun dalam cuaca panas, majlis tetap meriah dengan paluan gendang dan seruling, persembahan kebudayaan di pentas utama, nyanyian lagu dan makanan tradisi kaum India.-MalaysiaGazette