DOHA – Qatar Airways akan memulakan penerbangan antara Doha dan Pulau Pinang bermula 6 Februari tahun depan.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Akbar Al Baker berkata, syarikat penerbangan itu akan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu ke destinasi kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

“Qatar Airways akan menggunakan pesawat Boeing, B787, dengan konfigurasi 22 tempat duduk kelas perniagaan dan 232 tempat duduk kelas ekonomi,” katanya.

Qatar Airways memulakan penerbangan ke Malaysia pada Disember 2001 dan kini syarikat penerbangan itu menawarkan tiga penerbangan sehari antara Doha dan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette