Foto Instagram Datuk Seri Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak mencetuskan kejutan apabila berani melentokkan kepala di bahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Aksi spontan Zizan itu ketika menerima trofi Anugerah Ikon Media Sosial 2017 malam kelmarin dan pemimpin utama negara itu turut bertindak sporting sambil tersenyum.

Gambar Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri turut dikongsi Najib dalam akaun Instagram milik beliau.

Menjelaskan aksi itu, Zizan memberitahu dia sekadar memberi penghargaan apabila melentokkan kepalanya di bahu Najib  dan tiada niat mahu bergurau.

Namun dia tidak sangka Perdana Menteri turut membalas aksi yang sama secara spontan hingga gambar itu menjadi tular di media sosial.

Sementara itu, Zizan berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan itu dan akan terus memanfaatkan media sosial dengan berkongsi perkembangan karier seninya.

Ketika ini, Zizan yang mempunyai 4.4 juta pengikut di Instagram. – MalaysiaGazette