benci conte
Willian. Foto The Sun.

LONDON – Chelsea bakal mengambil risiko tinggi apabila merancang untuk menjual bintang lincahnya demi membawa masuk Lucas Moura pada Januari ini.

Daily Mail melaporkan, Willian akan menjadi mangsa dalam usaha memujuk pemain Paris Saint-Germain itu ke Stamford Bridge (PSG).

Willian telah membuat 141 penampilan untuk The Blues sejak 2013 namun pemain Brazil itu telah diketepikan oleh Conte sejak musim lalu.

Chelsea membuat keputusan untuk menjual pemain berusia 26 tahun itu selepas PSG mendedah akan melepaskan Moura pada jendela pemindahan akan datang.

Kelab utara London itu merancang untuk melepaskan Willian dengan harga yang tinggi dan mendapatkan Moura dengan nilai £27 juta.

Musim ini, Moura hanya membuat lima penampilan bersama PSG  dan semakin dipinggikran gara-gara kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe. – MalaysiagGazette