Sam Allardyce.

LONDON – Sam Allardyce kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila disahkan sebagai pengurus baharu Everton

Pengurus berusia 63 tahun itu kembali ke padang selepas jawatan terakhirnya di Crystal Palace setahun yang lalu.

Allardyce dilaporkan bakal mendapat 9 juta pound dengan kontrak 18 bulan serta akan membawa Sammy Lee dan Craig Shakespeare sebagai pembantunya.

Sebelum ini The Toffess memecat Ronald Koeman, dan menggantikan David Unsworth sebagai pengurus sementara, namun tidak banyak perubahan yang berlaku.

Malah Everton juga turut dilaporkan cuba mendapatkan pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone namun ditolak sekaligus menawarkan posisi itu kepada bekas pengendali skuad kebangsaan England itu. – MalaysiaGazette