Antonio Conte.

LONDON – Sebaik tewas mengejut 0-1 kepada West Ham malam tadi, Antonio akhirnya mengibar bendera putih awal apabila mengakui persaingan Chelsea untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sudah berakhir.

The Blues tersentak dengan gol awal pasukan tuan rumah yang mendahului perlawanan seawal minit ke-6 menerusi jaringan Marko Arnautovic yang kekal hingga ke akhir perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City yang masih mempunyai baki satu perlawanan yang perlu diharungi.

Pengendali Itali itu nyata bersikap realistik dan percaya jurang mata itu sukar untuk dikejar selepas tewas empat daripada 16 perlawanan.

“Berdasarkan pengalaman, tewas empat perlawana akan menyebebabkan situasi sukar untuk kekal memberikan saingan sengit.

“Apabila anda tewas di tangan Burnley, Crystal Palace dan West Ham ketika mereka berada di posisi teruk.

“Jika anda kehilangan mata dalam perlawanan ini, anda sudah tidak boleh teruskan saingan merebut gelaran juara,” katanya ketika temubual bersama Sky Sports.

Chelsea menduduki tangga ketiga liga dan mungkin boleh dipintas Liverpool pada malam ini.

City pula akan terus berada di depan dengan kelebihan 14 mata sekiranya menang ke atas Manchester United di Old Trafford. – MalaysiaGazette