Eric Bailly.

MANCHESTER – Spekulasi berapa lama Eric Bailly berehat terjawab apabila pengurus Jose Mourinho mengesahkan pemain pertahanan itu hanya akan pulih dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang.

Bailly, 23 mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama Ivory Coast dan dia tidak beraksi buat United sejak kekalahan di Chelsea bulan lalu.

Sebelum ini, Mourinho meramalkan dia akan kehilangan Bailly sehingga tamat musim ini kerana pemain itu memerlukan pembedahan susulan kecederaan buku lali yang berulang.

Sepanjang ketiadaan Bailly, gandingan England, Chris Smalling dan Phil Jones menjadi pilihan utama Mourinho hingga kepulangan Marcos Rojo daripada kecederaan.

Namun pengendali Portugal itu dikatakan berminat mencari pengganti pada jendela perpindahan yang bermula bulan depan. – MalaysiaGazette