Malcom

MANCHESTER – Jose Mourinho terus menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain muda Bordeaux, Malcom Filipe Silva yang berumur 20 tahun.

Pengurus Manchester United itu menganggap sebagai pemain muda terbaik di Eropah dan bersedia untuk membuat tawaran sebanyak £40 juta pada jendela perpindahan bulan ini.

Sebelum ini, Mourinho menghantar skuad pemerhati untuk mengikuti perkembangan pemain kelahiran Brazil itu pada musim lalu.

Malcom yang berhijrah ke Bordeaux dari Corinthians pada 2016 mempamerkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan tujuh gol dalam 16 perlawanan dalam Ligue 1 Perancis.

United dikatakan memburu pemain sayap selepas mengenal pasti pemain skuad Brazil di bawah umur 23 tahun (U23) sebagai salah satu sasaran utama. – MalaysiaGazette