Taqiuddin Cheman

KUALA LUMPUR – Nampaknya kemelut pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) berterusan, terbaharu Parti Amanah Negara (PAN) Johor tidak menolak akan berlaku tindakan memboikot jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pemuda PAN Johor menuntut jawatankuasa perunding parti perlu berkeras untuk mereka diberi sekurang-kurangnya 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Pemudanya, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata mereka layak untuk mendapat kerusi sebanyak itu kerana memiliki kekuatan akar umbi berbanding parti yang baharu menyertai PH.

“Kami khuatir tindakan memboikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan membawa kesan buruk terhadap harapan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAN walaupun lebih awal berada dalam PH hanya diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, jumlah terkecil jika dibandingkan dengan parti-parti lain. – MalaysiaGazette