Dr Ameet Gaikwad ketika ditangkap oleh sepasukan polis kerana disyaki terlibat membakar kereta. foto Agensi

NEW DELHI – Seorang doktor telah ditangkap kerana didakwa membakar 25 buah kereta dalam tempoh beberapa hari di Karnataka.

Daripada jumlah itu, 13 buah kereta dimiliki oleh doktor dan bekerja di tempat lain.

Polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup yang mana menyaksikan Dr Ameet Gaikwad memakai topi keledar dan memasuki pelbagai bangunan.

Setakat ini tidak ada pula laporan mengenai ketegangan atau persaingan membabitkan doktor-doktor berkenaan dengan Dr Gaikwad.

Dr. Gaikwad merupakan penolong profesor patologi, kata polis.

Polis tidak pasti sama ada tertuduh mempunyai mengalami masalah psikologi.

“Secara profesional, beliau disifatkan sebagai guru yang baik. Semua orang yang bekerjanya terkejut apabila tahu,” kata polis.

Tertuduh yang berusia 37 tahun itu ditangkap oleh pengawal keselamatan pada 17 Januari lalu dan selepas penahanannya dia didakwa membakar 10 kereta pada hari yang sama.

Selain itu, tertuduh disyaki membakar 15 kereta lain dalam insiden berasingan di dua daerah di negeri ini.

Polis percaya insiden ini berlaku pada 14 dan 15 Januari lalu. – MalaysiaGazette