Home Dunia 19 maut bas jatuh gaung

19 maut bas jatuh gaung

MANILA – Sekurang-kurangnya 19 penumpang terbunuh dan 21 lagi cedera selepas sebuah jam terjunam ke dalam gaung di selatan Manila malam tadi.

Nahas itu berlaku apabila bas berkenaan merempuh pagar jambatan dan terhempas di tebing sedalam 15 meter di wilayah Occidental Mindoro, kata polis.

Setakat ini masih belum tahu sama ada nahas ini disebabkan kesilapan manusia atau teknikal. – MalaysiaGazette