Ketua Pengarah Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi membuat persembahan pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penyiaran Digital, MVTV Asia oleh Mbits Digital di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Mbits Digital melancarkan perkhidmatan penyiaran digital dikenali MVTV Asia yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai jenis kandungan Malaysia dan Asia yang berkualiti baik menerusi set telefon bimbit, set top box dan televisyen pintar melalui satu set aplikasi.

Ketua Pengarah Eksekutif, MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi berkata, pihaknya akan memainkan peranan proaktif dalam pengeluaran dan pengedaran kandungan Asia ke serata dunia.

Jelasnya, MVTV Asia menawarkan program yang memberi fokus tentang ‘The True Colours of Malaysia’ selain mengalu-alukan rakan kongsi kandungan dari lain lain negara Asia sebagai rakan kongsi.

“Kami turut meperkenalkan sistem digital pengiklanan bersama rakan Fractalist dan Adinall dari China untuk menawarkan digital kempen yang berkesan kepada pelangan korporat dan industri pengiklanan.

“Seterusnya, rakan kami, TamicoBell Asia akan memastikan rangkaian cawangan electronik untuk pemasaran dan pengedaran peranti pintar MVTV Asia kepada pengguna serantau Malaysia dan Asia,” jelasnya.

Ketua Pengarah Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi (lima kanan) bergambar kenangan bersama rakan penyiar yang lain pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penyiaran Digital, MVTV Asia oleh Mbits Digital di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2018.

Beliau  ditemui pada majlis pelancaran MVTV Asia di Megastar Arena di sini hari ini.

Pada majli sama, MVTV Asia juga melancarkan program-program asal tersendiri seperti Inspirasi YES Malaysia, Memori Kampungku dan Bintang Sejuta untuk menandakan komitmen untuk membawa kandungan tempatan ke serata dunia.

Inspirasi YES Malaysia mempamerkan bintang hiburan muda tempatan dengan berkongsi cerita kejayaan untuk memberi inspirasi kepada penonton muda. Program ini boleh ditonton bermula April nanti.

Bagi Memori Kampungku, program menggalakkan pengguna membuat filem pendek untuk mengambarkan semula keindahan dan memori kampung halaman mereka dan program ini boleh ditonton bermula Mei depan.

Bintang Sejuta pula boleh ditonton bermula Jun nanti apanila mengggunakan aplikasi nyanyian karaoke yang membolehkan pengguna merekod dan memasang lagu sambil meraikan hadiah alam maya dengan rakan-rakan atau peminat mereka.

Ketua Pengarah Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi turut membuat persembahan pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penyiaran Digital, MVTV Asia oleh Mbits Digital di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2018.

Sementara itu, Sara menambah, pihaknya menjalin rangkaian kandungan bersepadu melalui inisiatif #UnitedAsians dengan pengeluaran bersama serantau.

Untuk itu katanya, MVTV Asia akan memperkenalkan rakan kongsi kandungan dari Indonesia, Korea, Hong Kong dan Taiwan di sidang akhbar akan datang.

“Selain itu, MVTV Asia merancang konsep #GLocal untuk menglobalisasi kandungan tempatan dengan menyediakan 60% kandungan pengeluaran tempatan seperti MVTV Asal Filem, MVTV Siri TV Asal, Rancangan Serbaneka dan Festival Filem Pendek Domestik ke perkhidmatan tersebut.

“MVTV Asia juga bekerjasama dengan rakan-rakan handalan seperti ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau,” katanya.

Dalam pada itu, MVTV Asia ditawarkan secara percuma dan secara berbayar bagi beberapa kandungan terpilih.

Untuk harga langganan bermula dengan harga RM8 sebulan manakala set top box berharga RM38. – MalaysiaGazette