Home Ekonomi Pelabur asing beli ekuiti tempatan RM582j minggu lalu

Pelabur asing beli ekuiti tempatan RM582j minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing membeli sejumlah RM582 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu berbanding RM324.7 juta pada minggu lalu.

MIDF Amanah Invesment Bank Bhd Research berkata, ia merupakan kali kelima dalam tahun ini belian asing melepasi RM500 juta.

Pelabur asing membeli sebanyak RM111.6 juta pada hari Isnin tetapi merosot sebanyak RM68.1 juta pada Selasa lalu disebabkan kebimbangan terhadap ekonomi China.

Firma penyelidikan itu berkata, Malaysia merupakan penerima pelaburan asing kedua terendah selepas Filipina hanya merekodkan aliran masuk bersih sejumlah AS$8.70 juta pada hari Selasa lalu.

“Pelabur antarabangsa kembali ke Bursa Malaysia semula pada hari Selasa dengan belian sebanyak RM87.9 juta dan menyuntik RM430 juta pada hari Khamis,” katanya.

Jumlah aliran masuk daripada pelaburan asing itu adalah tertinggi sejak Mac tahun lalu.

Kenaikan kemasukan pelaburan asing itu juga berlaku dalam bursa Asia disebabkan kenaikan harga minyak Brent.

Setakat ini, jumlah aliran masuk bersih pelaburan asing dalam ekuiti tempatan berjumlah RM3.44 juta

Pelabur asing merupakan pembeli bersih dalam tempoh 13 daripada 16 minggu pada tahun ini berbanding 14 minggu untuk tempoh yang sama tahun lalu. – MalaysiaGazette