Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pas dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor.

Itu keyakinan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad ketika ditanya harapannya kepada parti itu pada PRU-14.

“Kita (Pas) masuk bertanding kira-kira 50 kerusi DUN di Selangor bersama Gagasan Sejahtera dan yakin bentuk kerajaan di Selangor,” ujarnya yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor kepada Malaysia Gazette.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah itu ditemui selepas penamaan calon di Pandan Indah hari ini.

Iskandar seterusnya juga yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Pandan Indah yang dahulu dikenali DUN Cempaka yang disandangnya walaupun Pas tidak bersama Pakatan Harapan.

“Tidak ada masalah (untuk menang) rakyat bijak memilih terutama di kawasan bandar seperti di sini, mereka lihat apa yang kita lakukan selama ini,” katanya.

Selain Iskandar, DUN Pandan Indah turut ditandingi oleh calon Barisan Nasional, Datuk Mohd. Haniff Koslan dan calon Pakatan Harapan, Ir. Izham Hashim.-MalaysiaGazette