Ismee Ismail

KUALA LUMPUR – Tan Sri Ismee Ismail mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad.

“Beliau memaklumkan mempunyai komitmen lain dan Media Prima menerima keputusannya,” menurut entiti media itu kepada Bursa Malaysia.

Ismee, 53, menyertai Media Prima sejak 1 Jun tahun lalu, juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko syarikat itu.

Susulan peletakan jawatan itu, Datuk Mohd Nasir Ahmad, Pengarah Bukan Eksekutif Media Prima akan mengambil alih jawatan tersebut buat sementara waktu berkuatkuasa hari ini. – MalaysiaGazette