Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaludddin bercakap pada sidang media Majlis Perasmian Larian Sukan Sea 2017 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALM, 22 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Dakwaan netizen yang atlet Sukan SEA 2017 telah diperah habis-habisan kemudiannya dibiarkan sahaja akan dijawab oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan perkara itu dalam twitternya hari ini.

“Saya difahamkan MSN Malaysia akan keluarkan kenyataan tentang perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu merujuk kepada status achapbahry yang mendakwanya yang digelar sebagai Abah telah menganiaya atlet Sukan SEA 2017.

“Orang yang hampa dok panggil ‘Abah’ tu kononnya hampa sayang sangatkan. Waktu Sukan SEA 2017, dia perah atlet negara habis-habisan!

“Lepas tu sekurang-kurangnya 4-6 bulan lepas itu atlet makan pasir! Merempat! Takda atlet berani bersuara sebab semua fulltime atlet! Mana ada kerja lain.

“Orang macam ini pun hampa panggil abah? Ada ke Abah kat dunia ini yang tak peduli langsung tentang anak-anak?” ujarnya.

Pengadu juga tag chedetofficial – media sosial milik Perdana Menteri, Tun Dr. Mohamad mahu kerajaan menyiasat mengenai dakwaan itu.- MalaysiaGazette