ENGLAND – Tottenham Hotspurs masih dalam perbincangan dengan kelab gergasi Perancis, Saint Germain untuk mendapatkan bintang sayap Lucas Moura.

Kedua-dua kelab berkenaan difahamkan masih belum mencapai perjanjian yuran £22 juta yang ditetapkan ke atas bintang antarabangsa Brazil itu.

Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan bertemu pegawai Tottenham pada Khamis lalu dan dibawa menjelajah ke padang latihan kelab itu di Enfield selepas PSG membenarkan rundingan dengan pemain itu.

Pada Jumaat laporan di Perancis mendakwa kontrak empat tahun sudah disediakan untuk ditandatangani pemain itu.

Namun Sportsmail pula mendakwa tiada sebarang perjanjian dimuktamadkan antara Moura dan Spurs.

Spurs masih perlu mendapatkan permit kerja untuk pemain Brazil itu.

PSG bersedia untuk melepaskan pemain itu untuk menyeimbangkan perbelanjaan kelab supaya tidak melanggar peraturan kewangan yang ditetapkan Uefa.

Walaupun kelab lain berminat dengan khidmat Maura, pemain itu bagaimanapun tertarik dengan pengrekrutan pemain yang dilaksanakan Spurs selain projek mega stadium baharu yang sedang dalam pembinaan.

Moura menjangkakan kontrak bersama Spurs dimuktamadkan menjelang Isnin ini sebelum jendela perpindahan menutup tirai pada Rabu.

Kehadiran Moura juga dikatakan tidak akan menghentikan Spurs daripada memburu pemain Fulham Ryan Sessegnon pada akhir musim ini. MalaysiaGazette