Penggodaman sistem Yahoo dikhuatiri menjejaskan akaun lebih 1 bilion penggunanya di seluruh dunia.-Gambar hiasan.

Yahoo hari ini mengesahkan berlaku penggodaman besar-besaran dalam sistem e-melnya dan telah menjejaskan akaun 1 bilion pengguna di serata dunia.

Syarikat gergasi itu percaya akaun e-mel, nama, nombor telefon, tarikh lahir dan kata kunci dan soalan keselamatan semuanya mungkin hilang ekoran penggodaman.

Yahoo yang telah dibeli Verizon mendedahkan ia menjadi mangsa penggodaman terbesar pada September lalu sehingga menjejaskan lebih 500 juta akaun pengguna.

Bagaimanapun, ia berbeza daripada yang pernah berlaku pada Ogos 2013.

Syarikat itu bagaimanapun berkata, ia kini sedang berkerjasama rapat dengan penguat kuasa undang-undang dan percaya maklumat kad dan akaun bank tidak disimpan dalam sistem yang disasarkan penggodam itu.

Insiden godam pada September dipercayai terbesar dalam sejarah penubuhan syarikat itu.

Yahoo juga mendakwa serangan penggodam sebelum ini disebabkan oleh ‘pelakon tajaan’ yang mana mereka prcaya penggodam mempunyai rangkaian terhadap sistem kerajaan walaupun ia tidak memspekulasikannya.

Bagaimanapun, belum ada sebarang cadangan atau pengakuan dalang disebalik insiden itu.–Agensi