Najib Razak.

LAHAD DATU – Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional BN melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah bukti komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata sebagai contoh Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) adalah bukti kerajaan mampu melaksanakan projek mega malahan dengan kos lebih rendah iaitu RM21 bilion berbanding peruntukan yang disediakan RM23 bilion.

“Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah Jalan Pintas Lahad Datu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sepagaya, Lahad Datu, di sini, hari ini.

— BERNAMA