Peminat EPL mahu pendahulu liga, Chelsea ditundukkan di Stamford Bridge dalam aksi menentang Tottenham Hotspurs malam ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea akan bertemu pesaingnya Tottenham Hotspurs dalam aksi malam ini.

Ramai peminat EPL yang mengikuti perkembangan semasa liga paling popular di dunia itu mahu Chelsea yang mengungguli takhta liga ditundukkan.

Kehendak kebanyakan peminat mahu anak murid Mauricio Pochettino memalukan skuad kendalian Antonio Conte di hadapan penyokong the Blues sendiri di Stamford Bridge untuk mencerahkan merebut piala.

Sudah pasti Arsenal dan pesaing terdekat the Blues yang lain, iaitu Manchester United, Manchester City, Liverpool seronok sekiranya Chelsea keciciran mata.

Dalam pertemuan sebelum ini, Chelsea memusnahkan impian kejuaraan Tottenham selepas bangkit dari ketinggalan 2-0 dan menyamakan kedudukan dengan Spurs di West London.

Sama ada Spurs mampu menyekat kemaraan the Blues akan diketuai malam ini. – MalaysiaGazette