Gol pada minit kecederaan ke-92 selamatkan Arsenal daripada dimalukan Bournemouth semalam.

Pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal bangkit daripada ketinggalan 3-0 dan mengikat kedudukan seri 3-3 dalam aksi menentang AFC Bournemouth malam tadi.

Bournemouth yang beraksi di tempat sendiri mengejutkan the Gunners dengan tiga gol awal dalam aksi penuh dramatik semalam.

Bournemouth membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi Daniels, sebelum skuad Arsene Wenger dikejutkan dengan gol kedua lawan empat minit kemudian iaitu pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti.

Pada awal separuh masa kedua pula Arsenal sekali lagi dikejutkan dengan gol ketiga Bornemouth pada minit ke-58 menerusi Fraser.

Arsenal yang cemas dengan tiga gol awal pasukan lawan bagaimanapun enggan menunduk.

The Gunners mula menemui rentak permainan apabila membuka jaringan pada minit ke-70 menerusi Alexis Sanchez, manakala gol kedua Arsenal hadir pada minit ke-75.

Bagaimanapun kesilapan pemain Borunemouth Simon Francis mengasari Aaron Ramsey mengakibatkan dilayang kad merah.

Peluang itu berjaya dimanfaatkan Arsenal sepenuhnya menerusi Oliver Giroud yang berjaya mengikat kedudukan 3-3 pada minit kecederaan ke-92 sekaligus berkongsi satu mata dengan lawan. – MalaysiaGazette