Mike Phelan dipecat Hull City selepas hanya tiga bulan menerajui pasukan itu dalam EPL. FOTO: the Sun

Bekas jurulatih Manchester United, Mike Phelan menjadi mangsa terbaharu pembuangan pengurus apabila dipecat oleh Hull City tiga bulan selepas dilantik.

Phelan baru tiga bulan membimbing skuad Liga perdana Inggeris (EPL) itu dipecat semalam selepas gagal membawa kemenangan yang diharapkan.

Kelab dalam kenyataan rasminya mengumumkan pemecatan Phelan.

“Kelab ini mengumumkan bahawa Mike Phelan telah ditamatkan tugas sebagai pengurus the Tigers.

“Pencarian pengganti Phelan telah dimulakan dan pengumuman rasmi pengurus baharu akan menyusul pada masa yang sesuai,” kata kenyataan itu.

Kekalahan 3-1 pada Isnin kepada West Bromwich memusnahkan harapan Hull Citynuntuk terus bangkit.

Mereka terjatuh ke tangga tercorot selepas Swansea menundukkan Crystal Palace 2-1 dalam aksi malam tadi.

Sejak 6 November lalu, the Tigers tidak pernah memang sebarang perlawanan sehingga memaksa pengurusan tertinggi kelab itu memecat Phelan.

Bekas Pengurus Birmingham, Gary Rowett kini mendahului senarai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Phelan di Hull City .

Phelan hanya menang enam, seri lima dan kalah 13 aksi daripada jumlah 24 perlawanan liga musim ini. – MalaysiaGazette