Bermula esok, semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum menerima sebarang cadangan berhubung penyambungan semula Skim Pembelian Komputer dari akaun kedua pencarum.

KWSP dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, setakat ini, masih tidak terdapat sebarang perubahan terhadap jenis pengeluaran oleh agensi tersebut.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong berkata, beliau akan membawa cadangan itu untuk perbincangan kerana ia dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Cadangan tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan IT Mall Perak, Kevin Chang yang meminta kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran wang simpanan KWSP untuk membeli komputer bagi keluarga yang mempunyai anak di institut pengajian tinggi.- MalaysiaGazette