Home Ekonomi Harga minyak naik dipacu kawalan pengeluaran

Harga minyak naik dipacu kawalan pengeluaran

SINGAPURA – Harga minyak dunia naik dua hari berturut-turut disokong oleh bekalan yang terkawal dan laporan berhubung rekod permintaan China.

Bagaimanapun, harga minyak kekal di bawah tekanan berikutan peningkatan inventori minyak mentah Amerika Syarikat dan gasolin.

Brent meningkat kepada AS$54.31 setong pada 0257 GMT manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS$51.54 setong.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata, walaupun terlalu awal untuk mengukur pematuhan perjanjian pengurangan minyak oleh ahli OPEC, inventori minyak komersial di negara maju turun bagi bulan keempat berturut-turut pada bulan November, dengan penurunan lain diunjurkan bagi bulan Disember.

Loji penapisan minyak China naik sehingga 3.7 peratus kepada 47.820.000 tan pada bulan Disember atau 11.260.000 tong sehari (bpd).

“Pertumbuhan dalam permintaan dijangka berterusan tahun ini, ia adalah andaian yang paling selamat apabila ekonomi akan agak stabil,” kata penganalisis CMC Markets di Sydney. – MalaysiaGazette