Home Nasional Polis KL keluar 468 saman lalu lintas

Polis KL keluar 468 saman lalu lintas

Beberapa anggota polis melakukan pemeriksaan dalam Ops Cegah Kemalangan/Penyuraian/Halangan malam tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang menjalankan Ops Cegah Kemalangan/Penyuraian/Halangan malam tadi mengeluarkan 468 saman atas pelbagai kesalahan.

Kesalahan tiada lesen mencatat kesalahan yang paling tinggi iaitu 129, sebanyak 59 saman bagi kesalahan lesen tamat tempoh. Manakala kesalahan LKM tamat tempoh sebanyak 83.

Notis saman terhadap lain-lain kesalahan seperti tiada cermin sisi, tiada dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (fancy), gagal pamer LKM juga dikeluarkan mengikut Akta APJ 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Sebanyak 28 notis saman juga dikeluarkan bagi kesalahan halangan lalu lintas. – MalaysiaGazette