WASHINGTON – Donald Trump mahu meningkatkan jaminan keselamatan Amerika Syarikat dengan membina tembok di sempadan antara negara itu dan Mexico.
Beliau dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif berhubung imigresen dan jaminan keselamatan dalam beberapa hari lagi.
Jaminan keselamatan itu termasuk melaksanakan “tapisan melampau” kerakyatan tujuh negara-negara Islam di Timur Tengah dan Afrika. Ini akan menyekat akses pelarian.
“Hari besar dirancang untuk jaminan keselamatan esok. Antara banyak perkara, kita akan membina tembok,” kata Trump menerusi Twitter.
Semasa kempen pilihan raya, Trump mencadangkan untuk membina tembok sepanjang 2,000 batu sepanjang sempadan Mexico.
Terdapat pendekatan untuk mewujudkan tempat bandar perlindungan di Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengusir pendatang asing.
“Bandar perlindungan’ bukan tempat menangkap dan menahan pendatang yang masuk secara haram.
Trump juga dijangka mengumumkan sekatan imigresen dari tujuh buah negara di timur Afrika dan tengah Afrika termasuk Syria, Yaman dan Iraq.
Beliau juga mungkin menghentikan akses ke Amerika Syarikat untuk beberapa pelarian – sehingga proses tapisan boleh dibuat lebih ketat. – MalaysiaGazette