Home Ekonomi Ringgit diniaga rendah berbanding dolar

Ringgit diniaga rendah berbanding dolar

KUALA LUMPUR – Pada 9.23 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4370/4400 berbanding dolar AS, susut daripada 4.4330/4370 penutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1231/1257 daripada 3.1240/1273 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.9041/9071 daripada 3.9143/9182.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.7591/7641 daripada 4.7606/7653 tetapi jatuh berbanding pound British kepada 5.5587/5651 daripada 5.5302/5369. – MalaysiaGazette