Akaun bank Wanita MCA telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berjumlah RM300,000 semasa Pilihan Raya 2013.
Akaun bank Wanita MCA telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berjumlah RM300,000 semasa Pilihan Raya 2013.

KUALA LUMPUR – MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa sempena dengan sambutan ulang tahunnya pada 5 Mac akan datang.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, mesyuarat itu bertujuan memperbesarkan saiz perwakilan pusat.

Menurutnya, pindaan perlembagaan parti akan dilakukan supaya ketua pemuda bahagian akan menjadi perwakilan pusat secara automatik dalam usaha untuk ‘memudakan’ parti itu.

Katanya, kuota perwakilan pusat untuk sayap wanita bahagian juga akan ditambahkan seorang lagi menjadikan dua orang.

Keadaan itu bermakna selain ketua wanita bahagian, seorang lagi wakil sayap wanita di bawah umur 40 tahun juga akan menjadi perwakilan pusat.

Ka Chuan berkata, mesyuarat agung luar biasa perlu dipanggil kerana pindaan perlembagaan parti membabitkan pelbagai isu yang perlu diteliti.

“Usaha memperbesarkan saiz perwakilan adalah reformasi penting buat MCA.

“Walaupun kami faham bahawa ia tidak menepati prinsip meritokrasi dengan memanggil mesyuarat agung sebanyak dua kali untuk meminda perlembagaan, tetapi ia perlu dijalankan bagi memastikan kelancaran usaha yang sudah dirancang,” katanya seperti dipetik China Press. – MalaysiaGazette