Home Dunia “Bapa Pac-Man’ meninggal dunia pada usia 91 tahun

“Bapa Pac-Man’ meninggal dunia pada usia 91 tahun

TOKYO – Masaya Nakamura, pereka permainan Video pertama yang dikenali sebagai ‘Bapa Pac-Man” meninggal dunia pada usia 91 tahun, menurut syarikatnya pada Isnin.

Nakamura yang meninggal dunia pad 22 Januari lalu telah menubuhkan syarikat permainaan video itu pada tahun 1955 yang kemudian dinamakan sebagai Namco.

Syarikat itu kemudian bergabung dengan syarikat pengeluar alat permainan gergasi di Jepun, Bandai pada 2005.

Pereka permainan Namco, Toru Iwatani mencipta Pac-Man kuning, yang laris di pasaran pada tahun 1980.

Karakter Pac-Man itu menjadi sangat popular dalam kalangan penggemar permainan video sehingga mencipta rekod dunia sebagai mesin Arcade berasaskan duit syiling paling popular ketika itu.

Syarikat itu bagaimanapun tidak mengeluarkan maklumat lanjut mengenai kematian Nakamura sebagai menghormati permintaan keluarga mendiang. – MalaysiaGazette