epa05777272 (FILE) A file picture dated 19 April 2016 of Bayern Munich's Philipp Lahm after the German DFB Cup semi final match between FC Bayern Munich and SV Werder Bremen in Munich, Germany. Bayern Munich captain Philipp Lahm on 07 February 2017 announced that he will retire at the end of the season, he said after the German DFB Cup soccer match against Wolfsburg. EPA/PETER KNEFFEL ATTENTION: BLOCKING PERIOD! The DFB permits the further utilisation and publication of the pictures for mobile services (especially MMS) and for DVB-H and DMB only after the end of the match) GERMANY OUT

KUALA LUMPUR – Pemain yang mengetuai skuad Jerman menjulang Piala dunia 2014, Philipp Lahm mengumumkan akan bersara pada penghujung musim ini.

Keputusan yang dibuat oleh pertahanan berusia 33 tahun itu setahun sebelum kontraknya dengan Bayern Munich berakhir tahun depan.

Lham lahir dari akademi belia dan beraksi dalam 501 perlawanan untuk Bayern sejak kemunculan bersama skuad senior pada 2002, berkata walaupun dia akan terus beraksi pada tahap tertinggi kempen musim ini, dia tidak mampu meneruskannya.

“Saya akan menamatkan karier saya penghujung musim ini,” kata Lahm kepada wartawan selepas berakhir aksi kemenangan Bayern dalam saingan kelompok 16 terakhir Piala Jerman, mengatasi VfL Wolfsburg.

Lahm adalah antara pemain paling berjaya dalam sejarah Jerman, memenangi hampir setiap trofi bersama kelab dan skuad kebangsaan, termasuk tujuh gelaran juara Bundeliga, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia.

Pemain bertubuh kecil tetapi lincah itu adalah antara pertahanan paling kental di dunia selama hampir sedekad, tetapi kerap naik membantu bahagian tengah sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Dia bersara daripada arena antarabangsa selepas kejayaan Jerman menjulang Piala Dunia di Brazil, mula dikesan bakat ketika masih muda dan pernah dipinjamkan dua musim kepada VfB Stuttgart pada 2003-2005.

Pemain itu masih berpeluang menambah koleksi kejuaraan musim ini ketika Bayern kini di puncak Bundesliga dan akan berdepan Arsenal pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazette