Home Dunia 4 maut dalam gempa bumi di Pulau Mindanao

4 maut dalam gempa bumi di Pulau Mindanao

Sebuah hotel mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi di Pulau Mindanao, selatan Filipina. Foto Agensi

MANILA – Empat orang maut dan lebih 100 lagi cedera selepas gempa bumi yang kuat melanda Pulau Mindanao di selatan Filipina lewat kelmarin, merosakkan beberapa struktur dan menjejaskan bekalan elektrik di banyak kawasan.

Gempa bumi dengan 6.7 skala Richter pada kedalaman 10 kilometer dan pusat gempa kira-kira 13 kilometer diĀ  timur bandar Surigao, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat Amaran Pasifik Tsunami Pentadbiran Atmosfera dan Oceanik Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi itu.

Ketua Seismik Filipina, Renato Solidum berkata, sebanyak 89 gempa susulan telah direkodkan pagi ini dan banyak lagi boleh dijangka.

Bagaimanapun, gempa itu dijangka tidak menyebabkan kerosakan ketara.

Solidum berkata, gempa bumi semalam adalah paling kuat di bandar itu sejak 1879 dengan 6.9 skala Richter.

Gempa bumi itu menyebabkan tiang-tiang elekrik tumbang, berlaku gangguan air, hotel dan jambatan runtuh dan kerosakan kediaman.

Lapangan Terbang Surigao ditutup kerana landasan retak. – MalaysiaGazette