BANGKOK – Kawalan keselamatan di sempadan Thailand-Malaysia telah diperketatkan bagi menghalang penyeludupan dadah selepas pihak berkuasa Malaysia menahan seorang suspek anggota rangkaian raja dadah Laos, Xaysana Keopimpha.

Kawalan ketat itu dilakukan di sempadan Betong, Yala berikutan penahanan Kamarudin Awang dan rampasan wang yang didakwa diperolehi daripada urusniaga dadah.

Seorang pegawai berkata, berikutan penahanan Kamarudin, pihaknya mengsyaki anggota-anggota rangkaian Xaysana lain akan cuba menyeludup dadah dari Thailand merentasi sempadan Malaysia pada hujung minggu yang sibuk, lapor The Nation.

Pada pegawai di sempadan telah diarahkan supaya melakukan pemeriksaan yang ketat terhadap identiti pengembara dengan menggunakan pangkalan data polis selain melakukan pemeriksaan secara teliti ke atas kenderaan yang melalui sempadan, kata pegawai itu.

Pegawai itu juga mendedahkan pemburuan ke atas Usaman Salaemang, yang didakwa pengedar dadah di selatan Thailand kini disyaki bersembunyi di kawasan sempadan sedang dilakukan.

Beliau berkata, keuntungan daripada urusniaga dadah digunakan untuk menaja pemberontakan di selatan negara itu.