Home Ekonomi Harga minyak global mengukuh sedikit

Harga minyak global mengukuh sedikit

LONDON – Harga minyak dunia mengukuh sedikit disokong oleh usaha OPEC untuk mengurangkan pengeluaran.

Brent mentah naik AS$0.45 kepada AS$56.04 setong pada 0950 GMT manakala minyak mentah Amerika Syarikat juga naik AS$0.35 kepada AS$53.28.

Kedua-dua penanda aras jatuh 2.0 peratus pada hari Isnin. Kedua-duanya kini berada di tengah-tengah julat AS$5 setong – harga dagangan sejak awal Disember.

OPEC dan bukan OPEC termasuk Rusia bersetuju mengurangkan bekalan minyak hampir 1.8 juta tong sehari pada pertengahan pertama tahun ini untuk menyeimbangkan bekalan dan permintaan.

Bagaimanapun, usaha OPEC itu digugat oleh peningkatan pengeluaran di Amerika Syarikat yang menyaksikan peningkatan dalam aktiviti pengerudian kepada 8.98 juta tong, naik 6.5 peratus sejak pertengahan 2016 dan ke paras tertinggi sejak April tahun lalu.

“Harga minyak nampaknya terperangkap pada masa ini dan fokus terutamanya tertumpu kepada pertimbangan-pertimbangan bekalan,” kata Ric Spooner, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets di Sydney.

Walaupun negara-negara OPEC sebahagian besarnya berpegang kepada perjanjian dengan pematuhan sekitar 90 peratus, pelabur berpendapat pengurangan bekalan tidak boleh dikekalkan kerana akan menghalang mereka daripada mengambil kesan yang lebih besar ke atas harga.

ABN menyemak semula unjuran harga Brent bagi separuh pertama tahun ini daripada AS$55 setong kepada AS$50 setong dan kemungkinan menyusut sementara ke paras AS$45 setong. – MalaysiaGazette