LONDON – Jose Mourinho perlu melepasi halangan bekas kelabnya, Chelsea jika Manchester United mahu mengekalkan kejuaraan Piala FA.

Mourinho mengelak topik kepulangannya lagi ke Stamford Bridge bagi saingan suku akhir selepas kemenangan 2-1 ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park, Blackburn, awal pagi tadi pada pusigan kelima.

Awal musim ini, Manchester United mencatatkan kekalahan paling memalukan buat Mourinho dalam kerjaya Liga Perdana Inggeris apabila dibelasah 0-4 oleh Chelsea.

Pengurus Portugal itu yang pernah memenangi Piala FA bersama Chelsea pada 2007 memilih untuk tidak memberi komen berhubung saingan suku akhir itu.

“Saya tiada komen,” kata Mourinho.

“Saya menghadapi Saint-Entienne (dalam saingan 32 terakhir Liga Europa pada Rabu), perlawanan suku akhir (bertemu Southampton dalam Piala Liga pada Ahad ini), mudah-mudahan satu lagi perlawanan Liga Europa dan bersaing untuk empat kedudukan teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

“Jadi saya mempunyai begitu banyak perkara yang perlu difikirkan.

“Mungkin Chelsea hanya boleh berfikir tentang itu kerana mereka adalah juara. Mereka tidak menghadapi kejohanan lain. Saya percaya Piala FA adalah sesuatu yang penting bagi mereka,” katanya.

Sementara itu, pasukan bukan pilhan, Lincoln bakal berdepan Arsenal jika Gunners menewaskan satu lagi pasukan bukan dari Liga Perdana, Burnley Sabtu ini.

Lincoln pasukan bukan liga pertama yang berjaya ke suku akhir dalam lebih seabad selepas menewaskan Burnley, Sabtu lalu.

Perlawanan Suku Akhir Piala FA setakat ini:

• Chelsea mln Manchester United

• Middlesbrough mln Huddersfield/Manchester City

• Tottenham Hotspur mln Millwall

• Sutton United/Arsenal mln Lincoln – MalaysiaGazette