Penyanyi Indonesia, Krisdayanti.

KUALA LUMPUR – Diva terkenal Indonesia, Krisdayanti tampil memukau penonton dalam konsert solonya di Panggung Sari, Istana Budaya buat julung kalinya selama tiga malam berturut -turut bermula malam tadi.

Dikenali Konsert Romansa Krisdayanti, penyanyi berusia 42 tahun membuai perasaan menerusi rangkaian 26 lagu termasuk lagu keramat, Menghitung Hari pada 1998.

Romansa dipilih sebagai tema konsert sebagai cetusan rasa dan ilham Krisdayanti yang melambangkan ciri kewanitaannya yang romantis, penyayang, tabah, kuat dan berkarisma sepanjang berjuang dalam dunia seni selamanya.

Bukan sahaja lontaran vokal yang masih lunak dan bertenaga, ibu beranak empat itu turut anggun dan mempesonakan apabila memperagakan lima busana yang berbeza.

“Istana Budaya bukan sahaja merupakan lokasi yang berprestij dan menjadi impian saya selama ini.

“Malah konsert ini adalah sejarah dalam karier seni saya yang buat julung kali mengadakan konsert selama tiga malam berturut-turut,” katanya yang bijak berceloteh di atas pentas.

Penyanyi Indonesia, Krisdayanti semasa membuat persembahan pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017
Penyanyi Indonesia, Krisdayanti semasa membuat persembahan pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017

Konsert berskala besar berdurasi tiga jam itu dikemudi oleh Aubrey Suwito yang bertindak selaku pengarah muzik.

Menepati janji untuk memberi kepuasan kepada penonton, ia diisi lebih 25 lagu popular Krisdayanti sepanjang dua dekad perjalanannya bergelar anak seni.

Antaranya Menghitung Hari, Hati Ini Telah Dilukai, Cinta, Pilihlah Aku serta pelbagai koleksi lagu barunya.

Penyanyi Indonesia, Rossa (kiri) turut hadir dan memeriahkan konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017
Penyanyi Indonesia, Rossa (kiri) turut hadir dan memeriahkan konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017

Namun paling mencuri tumpuan, apabila Krisdayanti mengimbau kenangan bersama allahyarham Puan Sri Saloma dan turut memperingati penghibur yang pernah menjadi nombor satu Asia (1989) allahyarham Datuk Sudirman Arshad menerusi segmen Tribute.

Bukan itu saja katanya, Konsert Romansa juga dipenuhi empat lagi segmen termasuk rock.

Menurutnya, kerana sudah terbiasa mendengar lagu rock sejak kecil, dia turut membuat Panggung Sari kecoh menerusi beberapa lagu popular genre itu yang berasal dari pemuzik tanahair dan seberang termasuk Fantasia Bulan Madu dan Suci Dalam Debu.

Yang pasti, Krisdayanti telah menepati janji untuk memberikan persembahan luar biasa dan istimewa kepada para peminatnya.

Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah (kanan) turut membuat persembahan duet pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017
Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah (kanan) turut membuat persembahan duet pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017

Konsert yang dibawakan oleh Neo Global Sdn Bhd dan Belbis Sdn Bhd dan turut mengundang beberapa bintang ternama Malaysia seperti Datuk Jamal Abdillah, Ning Baizura tentu sekali sangat eksklusif.

Justeru kepada peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk turut sama menjadi sebahagian daripada sejarah bagi dua malam lagi bersama Krisdayanti, bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual di www.myticket.asia.

Peminat Krisdayanti juga boleh mendapatkan tikat di laman Facebook rasmi penganjur di NeoBel Indulgence Series.

Tiket untuk ke konsert Romansa Krisdayanti ini berharga RM118, RM258, RM358, RM458 dan RM588.

Dapatkan hari ini dan esok sebelum kehabisan! – MalaysiaGazzete

Penyanyi Indonesia, Krisdayanti diberikan bunga dari oleh anaknya, Ariannha Amora Lemos (kanan) semasa membuat persembahan pada konsert Romansa Krisdayanti di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 24 FEBRUARI 2017