NYON – Pasukan pilihan Manchester United diundi bertemu kelab Russia, Rostov pada pertemuan kelompok 16 terakhir Liga Europa itu.

Undian itu jelas tidak menggembirakan pengurus United yang ingin mengelak bertemu kelab Russia kerana pasukannya perlu berdepan Chelsea dalam Piala FA Inggeris, tiga hari kemudian.

United kendalian Jose Mourinho menewaskan kelab Perancis Saint-Etienne 4-0 secara agregat dalam kelompok 32 terakhir dan kelab Inggeris itu kini perlu bertandang ke Russia pada 9 Mac, dengan aksi timbal balik di Manchester seminggu kemudian pada 16 Mac.

Kelab Itali AS Roma antara pasukan pilihan kejohanan itu pula akan bertemu kelab Perancis Lyon.

Dua kelab Jerman bertembung sesama sendiri, Schalke 04 dan Borussia Moenchengladbach manakala dua daripada tiga kelab Belgium yang masih beraksi turut bertemu sesama sendiri iaitu Genk menentang Gent.

Anderlecht akan berdepan Cypriots Apoel dan juara Greece, Olympiakos bertemu lawan dari Turki, Besiktas.

Celta Vigo yang merupakan wakil tunggal La Liga di kejohanan kedua tertinggi Eropah itu akan bertemu kelab Russia, Krasnodar manakala gergasi Belanda, Ajax akan menentang FC Copenhagen.

Kelompok 16 Liga Europa:

Celta Vigo (ESP) mln Krasnodar (RUS)

Apoel Nicosia (CYP) mln Anderlecht (BEL)

Schalke 04 (GER) mln Borussia Mönchengladbach (GER)

Lyon (FGRA) mln Roma (ITA)

Rostov (RUS) mln Manchester United (ENG)

Olympiakos (GRE) mln Besiktas (TUR)

Gent (BEL) mln Genk (BEL)

FC Copenhagen (DEN) mln Ajax (NED)

  • MalaysiaGazette