Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM),Amir Amsaa Alla Pitchay (kanan), dan Pengerusi Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah (kiri) memberi kenyataan selepas kumpulan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat protes secara aman dalam krisi Malaysia & Korea Utara di hadapan Kedutaan Korea Utara, Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI, 10 MAC 2017
KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 ahli dari dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan Korea Utara menghalang pegawai dan kakitangan kedutaan Malaysia di sana keluar dari negara itu.

Perhimpunan secara aman anjura Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) itu bermula kira-kira jam 11.30 pagi, sebelum bersurai satu setengah jam kemudian.

Menurut Pengerusi MJMM, Abdul Rani Kulup, pihaknya mendesak pemimpin tertinggi Korea Utara supaya ‘membebaskan’ rakyat Malaysia yang berada di negara itu agar hubungan dua hala antara kedua negara dapat diselamatkan.

Beliau juga turut mengecam campur tangan negara itu berhubung pembunuhan seorang rakyatnya yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara dalam kejadian di klia 2 baru-baru ini.

“Mereka sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah menjalankan siasatan secara terperinci sehingga mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan itu telah ditangkap.

“Kenapa pula kerajaan mereka tiba-tiba marah dan menggunakan dutanya di sini untuk mengeluarkan kenyataan biadab?” katanya ketika ditemui wartawan kira-kira 100 meter dari bangunan pejabat Kedutaan Korea Utara di Damansara Height hari ini.

Kata Abdul Rani, protes aman yang diadakan itu sebagai memberi isyarat kepada kerajaan korea Utara agar tidak sewenang-wenangnya cuba mengganggu-gugat keamana negara ini.

Ujar beliau, seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dalam menangani isu itu dan yakin Datuk Seri Najib Razak dapat menyelesaikanya dengan baik sekali gus membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air dengan selamat. – Malaysiagazette